Sunday, February 20, 2011

cAmAt tggAl,, kesAh smlm.!

Pernah dahulu seseorang bertanyakan kepadaku..

"Jika diberi pilihan , mana satu yang awak utamakan ? teman ATAU cinta?"

Diam , aku diam seribu bahasa. Kadangkala terdetik dihati bahawa aku sendiri keliru dengan perasaan aku sendiri . Mana satu yang lebih penting ? TEMAN ?? CINTA?? biar berjuta batu menghalang ,jika dahulu ; teman tetap aku utamakan . Aku lebih rela hilang cinta dari hilang teman . Kenapa ? kerana aku sibuk mencari cinta hingga abaikan teman , aku lebih leka dengan cinta hingga teman terasa hati .

Aku terlalu singkat pemikiran , susah untuk bezakan mana satu yang lebih utama . Cinta ? Jangan kau cuba bermain dengan api , kelak terbakar diri . Aku bukanlah insan sempurna . Aku bukan wanita idaman semua . Tapi aku cuma wanita biasa , aku bukan terdesak . Aku rela bergadai nyawa , hidup lelahku semata-mata mempertahankan cinta . Tapi aku diabaikan . Aku dicari bila kesunyian , aku diminta untuk melayan ketika jiwa aku dahagakan kasih sayang . tidak , aku bukan terdesak . Aku cuma gadis , yang baru hendak meningkat dewasa, yang sudah berada di penamat zaman remaja belasan tahun .

Sungguh , aku gadis yang teramat sedih dengan apa yang aku alami . Aku tak bisa senyum ikhlas di depan semua , malah aku lebih rela bersendirian sepi . Aku cuma mahukan lelaki yang bisa melindungi aku dari tohmahan keji dunia , menyanjung aku sebagai wanita satu di dalam hatinya selain bonda tercinta , memahami kehendak hati aku bukan sekadar harta , tetapi hati yang aku cari . Hati yang benar-benar ikhlas memberi dan menerima . Jika benarlah dia yang aku cari , pasti . Aku pasti saatnya pasti akan tiba . Saat dimana aku dan dia disatukan . Saat dimana keselamatan diri aku termaktub di atas bahunya untuk dijaga . Saat dimana aku dibeli dengan mahar yang paling rendah ....

Pilu hati bila cinta diberi , balasnya masin laut . Nak ditelan terasa sakit . Nak diluah , terasa sayang . Apakah aku cuma bertepuk sebelah tangan ? Kenapa aku sendiri tidak percaya yang dirinya mampu setia ? kenapa ? Aku susah untuk percaya dia . Biar dia merayu berjuta kali supaya aku percaya, tetap sahaja tidak akan berjaya . Kadangkala aku perlu ketepikan ego ini , hanya untuk dia . Tetapi aku tetap tak boleh . Kerana aku takut , aku takut aku tewas . aku takut aku kecundang .

Kerana cinta , aku lemah . Kerana cinta juga , aku ketepikan teman-teman yang selama ini bergelak ketawa bersama. Kerana cinta , aku bertelingkah sesama manusia sekeliling . Aku cuba pertahankan sesuatu yang aku tidak pasti . Andai kata dia berlalu meninggalkan aku pada esok hari , pada siapa aku akan tumpang bahunya untuk ku tangis ? pada siapa ? Pada Tuhan , aku sandarkan harapan dan doa , biarlah hubungan yang terjalin ini kekal buat selamanya . Biarlah aku habiskan apa yang aku mula . Biarlah ianya tamat dengan sendiri . Tak perlu kita bertelingkah kerana semua manusia itu ada haknya .

Biar hasrat aku kadangkalanya mengelirukan , aku tahu apa yang aku mahu . Pada mereka aku pinta , berhentilah membenciku . Padamkanlah api dendam itu , biarkan aku hidup sendiri . Aku ini gadis yang masih mentah tetapi aku sudah cukup matang untuk mengharungi semua ini . Jika aku cerita, pasti kau tidak akan mendengar . Biar aku senyap sahaja .

Biar aku menyendiri , biar aku dengan duniaku . Pada cinta, aku pinta kau supaya tumbuh segar dihati aku . Biar aku belajar untuk mencintai , jika dahulu aku alpa . Aku ketepikan orang yang mencintaiku . Wahai cinta , berilah aku peluang supaya aku berubah . Andai kau benar wujud di dalam hatiku , teruskan menyintai . Jangan biar aku menangis lagi . Wahai cinta , lindungilah aku daripada mereka, dakaplah aku bila aku benar-benar memerlukan . Berhentilah permain perasaan ini wahai cinta . Setialah denganku , jagalah hati aku sepertimana aku jaga kau .

ubahlah aku , cinta .

T_T
 
 
 
21march2009
10:12:14

No comments:

Post a Comment