Qaseh : Kenapa Chenta menyayangi Qaseh..?? Mengapa Chenta mencintai Qaseh..??
Chenta : Chenta tidak boleh menerangkan tentang perasaan sayang dan cinta Chenta
kepada Qaseh.Namun percayalah Qaseh,bahawa perasaan sayang dan cinta Chenta kepada Qaseh terlalu banyak hingga tiada jumlah yang boleh menggambarkannya.
Qaseh : Bagaimana Chenta boleh mengatakan Chenta menyayangi Qaseh sedangkan Chenta tak boleh menerangkannya.
Chenta : Memang Chenta tidak boleh menerangkannya melaui perkataan,tapi Chenta boleh menunjukkan perasaan sayang dan cinta Chenta melalui perbuatan.
Qaseh : Tidak..! Qaseh tidak ingin bukti tapi Qaseh inginkan Chenta menerangkan tentangnya.Namun Chenta tak dapat melakukannya.
Chenta : Baiklah..! Qaseh dengar apa yang ingin Chenta perkatakan.Chenta menyayangi dan mencintai Qaseh kerana Qaseh mempunyai mata yang cntik,suara yang merdu,senyuman yang manis dan setiap tapak Qaseh melangkah itulah cinta Chenta kepada Qaseh.
Beberapa hari berlalu.....
Qaseh mengalami kemalangan dan koma...
Chenta merasa sangat sedih.Chenta menulis sepucuk surat kepada Qaseh dan menerangkan tentang perasaan sayang dan cintanya kepada Qaseh....
Qaseh.! Jika disebabkan mata Chenta yang menyanyangi dan mencintai Qaseh.. Sekarang bolehkah Qaseh melihat..? Tidak! Oleh itu Chenta tidak layak mencintai Qaseh.Jika disebabkan suara Chenta yang menyayangi dan mencintai Qaseh... Sekarang bolehkah Qaseh bersuara..? Tidak! Oleh itu Chenta tidak layak mencintai Qaseh.Jika
disebabkan senyuman Chenta menyayangi dan mencintai Qaseh... Sekarang bolehkah Qaseh tersenyum..? Tidak! Oleh itu Chenta tidak layak menyayangi dan mencintai Qaseh.Jika disebabkan setiap langkah Chenta menyayangi dan mencintai Qaseh... Sekarang bolehkah Qaseh melangkah..? Tidak! Oleh itu Chenta tidaklayak menyayangi dan mencintai Qaseh.. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.Chenta tidak mempunyai sebab untuk menyayangi dan mencintai Qaseh lagi.Adakah cinta memerlukan sebab..? Tidak! Chenta masih mencintai Qaseh dulu, kini, dan selamanya... Kerana cinta Chenta kepada Qaseh tidak perlu ada sebab.....
ana uhibbu anta ! |
h.A.z.i.r.A.h
No comments:
Post a Comment