Sunday, December 19, 2010

♥.huu,,bez r nOvel niy.!erm.,aQ tringin cgt nk + nOvel niy lam aQ pye kOleksi. .s'egt aQ last aQ bce nOvel niy time fOrm 3 kOt. . .(O,o). .da staun lbey da aQ cari cari n cari nOvel niy tp hampehh, , xjmpe2 jagk.!xpew xpew, ,aQ xkn ptus asa.! ♥

 

♥sO, ,skunk niy aQ nk share2 sinOpsis cer niy nga kOrg.

 

 ♥hOpe kOrg enjOy.!♥



Sinopsis novel 'Kasih Antara Kita':

Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Emelda yang terpaksa berkorban demi menjaga maruah kakaknya, Emira yang telah meninggal dunia kerana barah hati setelah melahirkan sepasang anak kembar perempuan. Emelda terpaksa mengaku yang bayi tersebut adalah anaknya bagi mengelakkan kemarahan keluarga terhadap kakaknya yang di ambang maut.

Meskipun hidup di pandang hina oleh masyarakat sekelilingnya, namun Emelda rasa bertuah kerana ibu dan bapanya sentiasa memberi sokongan dan semangat kepadanya. Dengan semangat itulah Emelda meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Namun, kehidupannya yang tenang tiba-tiba menjadi tidak keruan dengan kehadiran Aril Fatah, iaitu lelaki yang bertanggungjawab menghamilkan Emira dahulu. Setelah mengetahui yang Dania dan Atiea itu adalah anaknya Aril Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah orang yang ditidurinya 8 tahun yang lalu.

Emelda berkeras menolak cadangan Aril Fatah. Namun, Aril Fatah berkeras dengan keputusannya lalu, meminta pertolongan dari kedua ibubapanya untuk berbincang dengan ibubapa Emelda. Aril Fatah menceritakan semua kejadian hitam itu kepada keluarganya dan mereka setuju untuk menolongnya.

Setelah perbincangan dibuat oleh kedua-dua belah pihak, akhirnya dengan perasaan berat hati Emelda terpaksa bersetuju juga. Demi Dania dan Atiea, Emelda berkorban lagi. Walaupun dia tahu yang rahsianya pasti akan terbongkar dengan perkahwinan itu. Tapi dia tidak berdaya untuk menolaknya. Akhirnya dia pasrah dan menyerahkan segalanya pada ketentuan takdir.

Seperti yang telah di duga Emelda, rahsia yang tersimpan kejap terbongkar jua bila Aril Fatah mendapat tahu yang dia bukan wanita yang sama yang ditemui dulu. Dan tanpa berselindung dia menceritakan apa yang sebenarnya terjadi setelah diminta oleh Aril Fatah.

Penjelasan Emelda menjadi kemarahan bagi Aril Fatah. Tanpa belas kasihan dia telah menyakiti Emelda. Tidak mahu mendengar rayuan dan rintihan isterinya itu. Aril Fatah mengangap bahawa Emelda mempunyai niat yang lain semasa dia melamarnya dulu.

Emelda rasa tertekan. Bila suaminya tidak pulang berminggu-minggu lama, dia mula mencarinya. Namun, dia sering di halau oleh Aril Fatah melalui pekerjanya. Di pejabat juga dia sering di sindir oleh Maliki yang suatu masa dulu pernah menaruh hati kepadanya.

Di saat Aril Fatah kembali ke rumah, Emelda rasa kosong dan terasing. Tiba-tiba dia rasa terlalu merindui ibunya. Dan tanpa berfikir panjang, Emelda terus memandu pulang ke rumah ibunya. Dia tahu yang dia amat memerlukan sokongan ibunya untuk meneruskan kehidupannya itu.

Sekembalinya Emelda dari rumah ibunya dia bertembung lagi dengan bekas teman lelaki Emira, iaitu Nazri. Dan sebenarnya itu bukanlah kali pertama mereka berjumpa. Nazri tidak mahu mempercayainya apabila Emelda memberitahunya yang dia adalah Emelda dan bukannya Emira yang di sangkakannya.

Aril Fatah masih berkeras untuk tidak menerimanya. Masih mahu menyalahikanEmelda kerana berbohong terhadapnya. Namun, begitu ada rasa kesal yang bertandang di hatinya bila mengenangkan perbuatan kasarnya terhadap Emelda.

Aril Fatah tak pasti apa perasaannya pada Emelda. Sayangkah dia pada isterinya itu? Namun, dia rasa cemburu bila melihat Emelda bersama Maliki. Lantas, tanpa usul periksa dia mula menuduh Emelda berlaku curang di belakangnya.

Dan perasaan itu makin membara apabila Emelda membawa Maliki pergi ke kliniknya dengan alasan Maliki perlukan rawatan darinya. Aril Fatah tidak dapat mengawal perasaannya lalu menghamburkannya pada Emelda.

Dan Emelda yang tidak mengerti dengan sikap Aril Fatah yang berubah tiba-tiba menjadi semakin tertekan. Puas di terangkan antara dirinya dengan Maliki tiada perhubungan apa-apa melainkan kawan biasa. Dan nampaknya Aril Fatah tidak mahu menerima kata-katanya.

Dalam melayan kemelut perhubungannya dengan Emelda, bekas teman wanitanya, Zalida pula masih mengharap agar dirinya kembali semula membina impian yang runtuh di tengah jalan. Merayu agar dia kembali kepadanya. Zalida masih menyintainya.

Manakala hubungannya dengan Emelda masih dingin. Hari-hari ada sahaja perkara yang membuatkan Aril Fatah mengamuk. Dan sudahnya Emelda yang menjeruk rasa.

Namun, Aril Fatah tahu, dia perlu lakukan sesuatu agar perhubungannya dengan Emelda tidak terus retak. Dan dia akui bahawa dia yang bersalah di atas segala kejadian yang berlaku dalam rumahtangganya. Dia harus mengambil langkah positif untuk dirinya dan juga Emelda.

Tetapi semakin dia berusaha untuk berbaik dengan Emelda, semakin galak pula Maliki mencabar kesabarannya. Seperti menyimbah minyak pada api yang mula padam. Aril Fatah kalah dengan api cemburu itu. Lalu, membiarkan emosi menguasai dirinya. Menyebabkan Emelda keletihan melayan kerenah cemburunya itu.

Pemergian mereka ke Sabah, menjadikan hubungan mereka semakin pulih. Walaupun tujuan Emelda ke Sabah sebenarnya atas alasan kerja tetapi kehadiran Aril Fatah bersamanya telah membuatkan tujuannya tersasar. Bersama Aril Fatah, Emelda rasa bahagia. Dia merasakan Aril Fatah adalah seorang lelaki yang romantis dan penyayang.

Bahagia yang diharap berpanjangan terkulai jua akhirnya. Bila Zalida memberitahu Emelda bahawa Aril Fatah adalah kekasihnya dulu, Emelda rasa dirinya dibohongi. Terasa dirinya sebagai perampas hak wanita lain.

Dengan perasaan yang terguris, Emelda mendapatkan kepastian dari Aril Fatah. Bertanya tentang perasaannya terhadap Zalida juga bertanya dimana letak dirinya dalam hidup Aril Fatah.

Dan bersama kemarahan, Aril Fatah bertemu dengan Zalida. Mereka bertengkar. Dan Zalida mendapat kemalangan pada malam itu.

Aril Fatah berasa kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji akan membina hubungan mereka semula apabila Zalida sembuh kelak. Tanpa disedari Aril Fatah menyalahkan Emelda di atas apa yang berlaku. Marah, benci silih berganti bila terpandang wajah Emelda.

Walaupun apa yang berlaku bukan salah Emelda, tetapi Emelda terima lakaran takdir untuknya. Emelda masih tenang meskipun dihina suaminya sendiri. Terasa dirinya ibarat sampah di mata Aril Fatah.

Namun, takdir Tuhan tak siapa menduga. Zalida pergi jua menyambut panggilan Ilahi. Aril Fatah tidak dapat menerima kenyataan itu. Dendamnya pada Emelda semakin membara.

Nazri datang meminta kembali haknya bersama Mira. Dia mengaku bahawa Dania dan Atiea itu adalah anaknya bersama Mira. Dan Aril Fatah dengan perasaan terkejut bersetuju menyerahkan anak-anaknya itu kepada Nazri.

Emelda kecewa. Sakit hatinya bila dituduh suaminya sebagai pembunuh. Malah, suaminya menganggap dia sebagai perempuan kotor yang menjijikan. Hancur perasaannya bila suaminya menghalau dia keluar dari rumah itu. Dengan perasaan sedih, ditinggalkan rumah itu juga ditinggalkan anak-anaknya. Dia tahu mereka bukan anaknya tapi anak Aril Fatah.

Setelah terjaga dari tidurnya, barulah Aril Fatah sedar akan keterlanjuran perbuatannya. Namun, semua itu sudah terlambat. Emelda sudah tiada. Dia telah ditinggalkan oleh Emelda. Dia kesal. Benar-benar menyesal.

Emelda membawa diri ke San Francisco. Bertemu dengan adiknya, Emeriz yang belajar di sana. Namun, ke mana saja dia pergi dia masih tidak dapat melupakan apa yang berlaku. Kepedihan, kesakitan tetap terasa di sanubarinya. Meskipun begitu, ada juga terselit rasa rindu di hatinya buat lelaki yang bernama Aril Fatah itu yang pernah dan masih lagi menjadi suaminya.

Aril Fatah buntu. Mencari Emelda bukan satu pencarian yang mudah. Akhirnya dia berjumpa adiknya, Nazihah. Barulah dia mengetahui bahawa Emelda membawa diri ke San Francisco.

Untuk menjejaki Emelda, dia takut. Takut kalau Emelda terus lari darinya. Takut kalau terus kehilangan Emelda. Selebihnya dia malu. Malu pada wanita yang bernama Emelda.

Kedatangan Nazri mengusutkan lagi keadaan. Nazri datang menuntut haknya walaupun dia tahu kembar itu bukanlah darah dagingnya, namun, dia perlukan mereka untuk menebus kesalahannya kepada Emira. Aril Fatah enggan memberikannya kepada Nazri lalu berlakulah pertengkaran antara mereka.

Dalam keributan, muncul Emelda dengan langkah longlai, dan menyerahkan keputusan DNA Dania dan Atiea kepada Aril Fatah. Maka terbuktilah bahawa Aril Fatah adalah ayah kepada kembar itu. Dan Nazri berlalu dengan rasa kecewa kerana hajatnya tidak kesampaian.

Dengan seribu penyesalan, Aril Fatah memohon kemaafan dari Emelda. Dan Emelda dengan rela hati telah memaafkannya. Tetapi tidak mahu menerima Aril Fatah dalam hidupnya lagi.
Emelda tidak mahukan dirinya lagi.

Di saat segala rahsia yang di simpan rapi diketahui keluarga mereka, Emelda rasa tertekan. Namun begitu, ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Dan kebahagian itu sememangnya milik mereka berdua. Itulah harga untuk segala pengorbanan yang dilakukan Emelda.

No comments:

Post a Comment